11 November 2014

Kepada Siapa Kita Bersandar?

Fana - tidak kekal
Sirna - hilang; lenyap (Jawa)
Titik nadir - titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yg terletak langsung di bawah kaki pemerhati, lwn zenith.


Bila kita memberikan hati pada makhluk, maka bersiap-siaplah untuk kehilangan. Kerana makhluk bersifat fana, suatu saat akan sirna. Bila harta, populariti atau kekuasaan tempat hati kita bertaut, tunggulah! Suatu waktu kita akan terhinakannya. Ia akan membawa kita ke titik nadir, tempat di mana jiwa akan merasakan kegersangan yang tiada terkira.

~KH Abdullah Gymnastiar~

04 November 2014

Berdoa dan Yakin...

Allah Swt. berfirman, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
(Al-Baqarah: 186)



Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Allah malu bila ada hamba-Nya yang menengadahkan tangan (memohon kepada-Nya) lalu dibiarkannya kosong dan kecewa.” 
(HR. Hakim)

31 October 2014

Wahai Pejalan..

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu."

~Jalalludin Rumi~

02 October 2014

Minyak naik 20sevn seliter..lagi 2 hari nak raya

Kelentungan - sj genta drpd kayi (digantungkan pd leher lembu atau kerbau) gertuk, kertuk, keruntung.
Genta - alat berongga spt cawan yg dibuat drpd logam dan berbunyi kuat lagi nyaring apabila dipukul; loceng kecil seperti yang dipasang pada leher lembu.

Peribahasa: Di mana kelentungan berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.
Maksudnya; Di mana ada kerajaaan yang baik, di situ rakyat tinggal berbahagia.

*Gentarasa~ Locenglemburasa??

21 August 2014

Sepertinya saya kehilangan ingatan jangka panjang

Ketika membuka dashboard di blogger.com untuk membuat entry baru blog ini, saya terpandang draf-draf entry yang ada.

  1. Tips cukupkan masa seharian anda
  2. Si Tiga Tahun yang Girang
  3. Kita dan Deria (di bawah label "Rama-rama Syurga")
Apabila saya klik, tajuk yang pertama ada teks satu peranggan, dua entry yang lain masih kosong, tanpa apa-apa ayat walau sepatah pun. 

Kita dan Deria... Entry ini mungkin berkaitan kanak-kanak kerana pernah terbaca salah sebuah hadis nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa kanak-kanak adalah rama-rama syurga. Tapi apakah kisahnya?

Kemudian tajuk yang terakhir yang paling konfius, Si Tiga Tahun yang Girang? Tiada sebarang klu dapat difikirkan. Three years of happiness? Bila google seperti tiada apa pun yang berkaitan dengan kisah hidup. Hmm... Apa sebenarnya yang kamu hendak tulis ni Eton? 

21 January 2014

Mengadu Domba

Adu - bertanding utk merebut kemenangan dlm sesuatu perlumbaan, pertandingan dsb.
Domba - sj kambing biri-biri di negeri Arab; kibas.

Saksikan video beradu domba di salah sebuah negeri di Tanah Arab (Amaran: Terdapat paparan yang mungkin mengganggu emosi anda).


Mengadu domba - memperlagakan satu pihak supaya bermusuhan-musuhan dgn pihak yg lain.

"Salah satu di antara 10 golongan yang dikumpulkan di hari Kiamat kelak ialah mereka yang berwajah kera iaitu orang-orang yang ketika di dunia suka mengadu domba di antara manusia".

p/s: kamhar - 1. benang yg dibuat drpd bulu domba, benang bulu; 2. kain yg dibuat drpd benang bulu domba.

20 April 2013

Jelas & Alas

Malam tadi sambil melayan mata sebelum terlelap, otak berputar memainkan semula apa yang berlaku sepanjang hari. Bergolek-golek, berguling-guling...

Tiba-tiba encik otak bertanya soalan cepumas kepada cik minda, "Apa bezanya antara memberi penjelasan dan memberi alasan? Kenapa kita lebih mengharapkan orang menberikan penjelasan kepada kita dan bukannya alasan? Bukankah kedua-duanya bermaksud memberitahu sebab atau mempertahankan tindakan kita?"

Cik minda tersentak, "Oh hoi! Tricky questions!"

Kata seorang puan koordinator, memberi penjelasan itu lebih sopan daripada memberi alasan. Hmm...
Nampaknya perlu cari maklumat yang lebih lanjut. Maka, bila sahaja kita ada akses internet, pergunakan ia!

Pertamanya: cari makna perkataan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu (http://prpm.dbp.gov.my/)
  • Penjelasan:  1. keterangan (yg lebih jelas), huraian; 2. penyelesaian.
  • Alasan: 1. asas, dasar; 2. sebab; 3. yang dijadikan sebagai alas/lapik.
Kedua; Tanya Pokcik Google.
  • Memberi penjelasan bermakna memberi keterangan yang lengkap dan difahami oleh khalayak. 
  • Memberi alasan bermakna ???
Ketiga; Tanya Pokcik Google in English  "difference between explain and excuse".
  • Hasil carian banyak membawa kepada perbincangan mengenai nilai tanggungjawab semasa memberitahu sebab/tindakan.
  • Juga membincangkan "difference between a reason and an excuse". Jadi dalam konteks ini ia melibatkan perbincangan di antara sebab vs alasan.
  • Dai Qian memberikan penjelasan yang ringkas dan menarik berkaitan sebab vs alasan ini dalam blog beliau.   

Tak tahu menari dikatakan lantai jungkang-jungkit.
A bad workman always blames his tools.

It is easier to find an excuse than to find a reason. ~ Doug Brown
An excuse is a skin of a reason stuffed with a lie. ~ Billy Sunday

Jika hanya merujuk kepada kata akar di atas, saya simpulkan seperti ini: memberi penjelasan bermaksud menjelaskan yang kabur, menerangkan yang kelam, menghuraikan yang simpul. Memberi alasan pula bermaksud menutup yang kabur, memadam yang kelam dan menyorokkan yang simpul...setuju? Ada sesiapa boleh berkongsi pendapat yang lebih sesuai? Please..anyone??